Powered By Blogger

Wednesday, November 11, 2009

Andai itu takdirnya

Ape kaitannya ngan title di atas yer...sebenarnya, itu adelah titile novel yg berjaya aku khatamkan setelah beberapa hari n minggu aku cuba ngan sedaya upaya utk hbskan nye..mmg jenis aku yg baca novel slow n lambat..hi3..x tau ar nape..org len kejap jew leh hbskan..tp , aku nie mau berminggu2 nak hbskan..maklumla, aku nie BUKANNYA kaki novel...baca novel ni kekadang sekadar isi masa yg ade jew...novel 2 sebenarnya kepunyaan housemate aku(yan)..mmg novel tu sedih n menyayat hati utk sesape yg m'bacanya..sampaikan semalam, aku nangis sorang2 dlm bilik sbb t'lalu m'hayati n emosional ngan cite dlm novel 2..mmg sedih ar..x pernah lg aku bc novel sampai menitiskan air mata..haha..ayat boleh thn jgk 2..hihi....ANDAI ITU TAKDIRNYA, Siti Rosmizah....



 

Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuan

"Jangan salah faham Puan Sri.Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini.  Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya.  Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi.  Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

ANDAI ITU TAKDIR-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar.  Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania.  Sekurang-kurangnya bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku.  Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha.  Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...