Wednesday, October 13, 2010

tragedi 10.10.10

10.10.10..chantek bkn tarikh itu..di sebalik tarikh 2, mcm2 peristiwa yg berlaku..first, kita mulakan dgn good news dahulu::

i) Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dinikahkan pada hari ini 10.10.10 pukul 11.45 pagi di Masjid Tuanku
Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

ii) Aqasha dan Noor Baizura dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Pauzi Ilias dengan berwalikan bapa Noor Baizura, Mohd Sabri Awang pada pukul 3.25 petang, Ahad.


bad news::

Tarikh 10.10.2010 bukan sahaja menjadi tarikh keramat bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, tetapi jugak tarikh yang amat memilukan kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan ngeri yang berlaku di kilometer 223.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Sebanyak 6 kenderaan terbabit di dalam kemalangan maut ini iaitu Bas ekspress Delima, Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, Toyota Vios, Perodua Myvi, Honda Accord, dan Toyota Hiace.
Kemalangan yang membabitkan 6 kenderaan ini mengorbankan 12 orang dan 40 orang yang lain cedera parah.
Kemalangan ngeri ini disifatkan paling tragis untuk tahun ini
(sumber:: http://limauais.com/gambar-kemalangan-ngeri-pada-tanggal-10-10-2010-yang-membabitkan-6-kenderaan/)
 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...